Monday 13 October 2014

CABARAN 7 HARI MENU DIET



Cabaran 7 hari menu diet yang berkesan!

Hai, semua. Dah pukul 12.30 tengah hari ni. Mesti ada yang perut dah berkeroncong, nyanyi lagu macam-macam kan? Saya nak tanya, kalau waktu tengah hari, apa yang awak semua makan? Makan ikut lapar atau makan selagi ada? 

Ha, saya pasti waktu tengah hari  dan waktu malam adalah waktu paling banyak makan. Nanti, balik pejabat, confirm naik atas timbang, cakap penimbang tu rosak. Betul tak? Lepas tu, belum lagi campur dengan satu beg goreng pisang yang dibeli selepas pulang waktu makan tengah hari. 

Hal ini memang banyak berlaku kepada wanita. Betul, kan? Sebab itu, ramai sahaja wanita yang mengalami masalah berat badan yang serius. Jadi, apakah yang perlu dilakukan? Di sini, saya ada beri menu untuk 7 hari bagi diet yang berkesan.

Tapi, janganlah buat 7 hari je, lepas tu x buat. Haaaa, buat tu kenalah berterusan untuk mendapatkan bentuk badan yang ramping dan anggun.

Friday 18 July 2014

"SAYA SUSAH KURUS SEBAB METABOLISME RENDAH!"

Seringkali kita mendengar ayat seperti ini:

1. "Saya sukar untuk kurus sebab metabolisme saya rendah!" ATAU 
2. "Metabolisme kau tinggi, sebab itulah kurus!" 

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang pernah mengungkapkan ayat ini? Namun, tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan METABOLISME?

METABOLISME ialah kadar badan anda membakar kalori secara asli. Ianya bermaksud, ianya adalah kemampuan semulajadi badan anda untuk meningkatkan atau memperlahankan metabolisme tersebut.

APAKAH BMR?
Basal Metabolic Rate (BMR) adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan sewaktu anda rehat. Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan anda setiap hari tidak kira anda melakukan senaman atau pun tidak. Ianya (BMR) berubah mengikut umur, ketinggian, jantina, diet dan tabiat senaman. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh.  

Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Seperti yang kita selalu dengar bahawa untuk memastikan kita kekal cergas dan dapat membantu mengurangkan berat badan, kita haruslah meningkatkan metabolisme tubuh badan kita. Bagaimanakah ianya terjadi? Mari kita lihat beberapa tips untuk meningkatkan metabolisme badan anda. 


Jangan elak sarapan dan makan dengan kerap
Seringkali kita dengar sarapan adalah pembuka hari yang paling penting. Jangan sesekali tinggalkan sarapan anda. Hal ini kerana sarapan pagi akan menaikkan kadar metabolisme pagi anda. Makanan yang berkhasiat dalam jumlah lebih kurang 250 kalori sudah cukup untuk menaikkan metabolisme badan anda.

Harus diingatkan bahawa sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, bermakna ia memerlukan 'minyak'. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Oleh itu, kita juga harus makan dengan kerap akan tetapi dengan jumlah hidangan yang sedikit. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

Tambahkan rasa pedas dalam masakan anda
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Sebagai contoh, terdapat kajian yang dilakukan di Jabatan Pertanian dan Penyelidikan di Amerika Syarikat membuktikan bahawa menambah Cinnamon di dalam masakan anda juga dapat menigkatkan metabolisme badan anda.

Vitamin C
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut. Contoh yang terbaik yang boleh diberikan di sini adalah dengan memakan buah kiwi. Buah kiwi mengandungi Vitamin C yang tinggi. Jika anda menambah 500 mg untuk hari anda, anda membakar lemak 39% lebih apabila anda bersenam. Akan tetapi pastikan anda tidak mengambil Vitamin terlalu baik sehari seperti dalam 2000mg kerana anda akan mengalami kesan buruk seperti kembung, gas, dan cirit-birit.

Menambah kromium dalam tubuh badan anda
Apakah itu kromium-3? Ia adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan yis. Ianya dapat membantu membakar kalori seperti Kromium, yang ditemui dalam tomato dan dalam bentuk tambahan, juga meningkatkan cara anda membakar lemak. Pastikan anda mendapat kromium yang mencukupi dalam diet anda untuk membantu badan anda membakar lebih banyak kalori. 

Menikmati cahaya matahari di luar
Ianya telah terbukti bahawa cahaya terang meningkatkan metabolisme anda dan juga membantu anda meningkatkan kekuatan tulang dan otot. Oleh itu, bergeraklah anda mengambil angin di luar rumah atau pejabat anda. Waktu terbaik yang boleh dilakukan adalah ketika awal pagi, 11 pagi dan 3 petang. Ianya dapat menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

Selain daripada cara di atas, anda juga boleh mengamalkan Eskayvie Reduze kerana kandungan yang terdapat di dalamnya mampu:

1. Mengurangkan selera - Membantutkan keinginan untuk memakan benda manis.
                                     - Meningkatkan kepekaan kepada hormon kenyang (leptin)

2. Memberikan rasa kekenyangan - Mengisi dan memenuhi ruang perut.
                                                    - Melambatkan pengosongan makanan dari perut.
                                                    - Merangsang otak untuk memberi rasa kenyang.

3. Meningkatkan metabolisme - Menghindari penggunaan glikogen dari hati.
                                              - Menggalakkan pembakaran tenaga selain dari punca gula. 



Tuesday 15 July 2014

ADAKAH BERAT ANDA NORMAL?

Mengapa pentingnya Body Mass Index atau BMI ini? 

Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?

✔ Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang.
✔ Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.
✔ Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.
✔ Jika BMI anda di bawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan
✔ Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
✔ Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain


Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?

✔ Jika berat anda di bawah 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan.
✔ Kekurangan berat badan akan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh anda terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit lain. 



Bagaimana seseorang boleh menambah berat badan secara sihat?

✔ Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan iaitu 1 hingga 2 kg sebulan. Anda harus mencapai sasaran BMI antara 18.5 hingga 24.9.  
✔ Pastikan anda makan mengikut waktu yang betul. 
✔ Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang menambahkan kalori, vitamin, dan garam galian. 

Sunday 16 February 2014

Tip Untuk Kurus Secara Sihat


1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan. 

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu.

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori.

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti sejuk anda.

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Tuesday 28 January 2014

REDUZE, solusi pelansingan badan anda!


Di samping langkah di atas, terdapat suplemen yang boleh membantu pelangsingan badan secara sihat seperti REDUZE™ dari Eskayvie. REDUZE™ mengandungi bahan aktif berkualiti tinggi dari Perancis yang terbukti secara kajian klinikal dapat mambantu melangsingkan badan secara selamat. Antara bahan aktif tersebut termasuk:

1.       Irvingia gabonensis
Membantu membantutkan selera dengan merangsang kepekaan hormon yang membuatkan anda sentiasa rasa kenyang. Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisme bagi menggalakkan pembakaran lemak.

2.       Fiit-NS®
Mengandungi polifenol dari sumber buah dan sayuran yang telah dikaji mampu menurunkan berat badan, ukurlilit perut dan peha secara selamat di samping dapat meningkatkan tahap tenaga individu yang mengamalkannya.

3.       Svetol®
Meningkatkan tindakan hati untuk menjadikan lemak sebagai sumber tenaga. Ia akan menjadikan badan sebagai mesin pembakar lemak yang berkesan.

4.       Bahan lain seperti Fibrenox™ dan Aminoforte™ berupaya membantu anda untuk tidak merasakan lapar terutamanya apabila stres.

REDUZE™ yang berperisa nenas menggunakan gula daun (Stevia) tanpa kalori perlu diambil setengah jam sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam bagi memberikan kesan yang optima. InsyaAllah gabungan tips di atas bersama pengambilan REDUZE™, saya yakin dapat memberi penyelesaian kepada saudari untuk mendapatkan semula bentuk badan yang langsing seperti yang diimpikan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi HQ kami di talian: 03-5511 1050, atau anda juga boleh layari Laman Web kami: http://www.eskayvie.com

Monday 20 January 2014

Bahan Aktif REDUZE

Setiap produk yang baik pastinya mempunyai kandungan bahan aktif yang selamat bagi memastikan kesan terbaik kepada setiap pengguna. Sumber semulajadi yang terkandung dalam setiap paket produk REDUZE ini memberikan 1001 kelebihan yang pastinya membuatkan anda cukup teruja untuk menikmatinya. 


BAHAN AKTIF REDUZE:

·         Svetol®
- Dari Naturex, Avignon, Perancis
Asid klorogenik dari biji kopi hijau
 Menggalakkan pembakaran lemak secara menghalang penggunaan glycogen

·         Fiit-NS®
 Dari Fytexia, Beziers, Perancis
- Polyphenols yang terbukti secara klinikal boleh mengurangkan saiz ukurlilit peha, pinggul dan perut.
- Meningkatkan metabolisme dan kesegaran badan

·         Ekstrak Irvingia gabonensis
- Meningkatkan kepekaan Hormon Leptin (hormone kenyang)
- Menghalang pembentukan lemak

·         Aminoforte™
- Memberi rasa kenyang
- Perlu bagi memelihara otot
- Meningkatkan sistem imun

·         Fibrenox™
- Meningkatkan pembuangan lemak melalui najis
- Mengawal kolesterol

·         Stevia
- Gula daun tanpa kalori

·         Ekstrak Ananas Comosus
- Meningkatkan serat dan memberi rasa




10 Rukun REDUZE

Malaysia kini menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN yang mengalami masalah obesiti. Oleh itu, untuk kekal langsing dan sihat, REDUZE merupakan produk terbaik yang dapat membantu mengawal dan mengurangkan berat badan secara selamat dan berkesan. Amalkan rukun yang wajib anda lakukan selepas pengambilan produk REDUZE bagi membantu proses penurunan berat badan secara sihat dan selamat!


Wednesday 8 January 2014

HENTIKAN MINUM MINUMAN MANIS UNTUK BAKAR LEMAK

Soalan ini diutarakan oleh seorang gadis yang memiliki berat badan 95kg dan tinggi 153cm. BMInya juga agak tinggi iaitu 40 dan tahap itu pastinya OBESITI. Jika anda mengalami dilema seperti ini, cuba baca tip yang diberikan oleh Dr. Syid kepada beliau.