Tuesday 15 July 2014

ADAKAH BERAT ANDA NORMAL?

Mengapa pentingnya Body Mass Index atau BMI ini? 

Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?

✔ Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang.
✔ Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.
✔ Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.
✔ Jika BMI anda di bawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan
✔ Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
✔ Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain


Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?

✔ Jika berat anda di bawah 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan.
✔ Kekurangan berat badan akan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh anda terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit lain. 



Bagaimana seseorang boleh menambah berat badan secara sihat?

✔ Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan iaitu 1 hingga 2 kg sebulan. Anda harus mencapai sasaran BMI antara 18.5 hingga 24.9.  
✔ Pastikan anda makan mengikut waktu yang betul. 
✔ Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang menambahkan kalori, vitamin, dan garam galian.