Mengapa pentingnya Body Mass Index atau BMI ini?
Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?
✔ Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.
✔ Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.
✔ Jika BMI anda di bawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan
✔ Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
✔ Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain
Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?
✔ Jika berat anda di bawah 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan.
✔ Kekurangan berat badan akan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh anda terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit lain.
Bagaimana seseorang boleh menambah berat badan secara sihat?
✔ Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan iaitu 1 hingga 2 kg sebulan. Anda harus mencapai sasaran BMI antara 18.5 hingga 24.9.
✔ Pastikan anda makan mengikut waktu yang betul.
✔ Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang menambahkan kalori, vitamin, dan garam galian.
No comments:
Post a Comment