Friday 18 July 2014

"SAYA SUSAH KURUS SEBAB METABOLISME RENDAH!"

Seringkali kita mendengar ayat seperti ini:

1. "Saya sukar untuk kurus sebab metabolisme saya rendah!" ATAU 
2. "Metabolisme kau tinggi, sebab itulah kurus!" 

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang pernah mengungkapkan ayat ini? Namun, tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan METABOLISME?

METABOLISME ialah kadar badan anda membakar kalori secara asli. Ianya bermaksud, ianya adalah kemampuan semulajadi badan anda untuk meningkatkan atau memperlahankan metabolisme tersebut.

APAKAH BMR?
Basal Metabolic Rate (BMR) adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan sewaktu anda rehat. Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan anda setiap hari tidak kira anda melakukan senaman atau pun tidak. Ianya (BMR) berubah mengikut umur, ketinggian, jantina, diet dan tabiat senaman. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh.  

Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Seperti yang kita selalu dengar bahawa untuk memastikan kita kekal cergas dan dapat membantu mengurangkan berat badan, kita haruslah meningkatkan metabolisme tubuh badan kita. Bagaimanakah ianya terjadi? Mari kita lihat beberapa tips untuk meningkatkan metabolisme badan anda. 


Jangan elak sarapan dan makan dengan kerap
Seringkali kita dengar sarapan adalah pembuka hari yang paling penting. Jangan sesekali tinggalkan sarapan anda. Hal ini kerana sarapan pagi akan menaikkan kadar metabolisme pagi anda. Makanan yang berkhasiat dalam jumlah lebih kurang 250 kalori sudah cukup untuk menaikkan metabolisme badan anda.

Harus diingatkan bahawa sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, bermakna ia memerlukan 'minyak'. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Oleh itu, kita juga harus makan dengan kerap akan tetapi dengan jumlah hidangan yang sedikit. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

Tambahkan rasa pedas dalam masakan anda
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Sebagai contoh, terdapat kajian yang dilakukan di Jabatan Pertanian dan Penyelidikan di Amerika Syarikat membuktikan bahawa menambah Cinnamon di dalam masakan anda juga dapat menigkatkan metabolisme badan anda.

Vitamin C
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut. Contoh yang terbaik yang boleh diberikan di sini adalah dengan memakan buah kiwi. Buah kiwi mengandungi Vitamin C yang tinggi. Jika anda menambah 500 mg untuk hari anda, anda membakar lemak 39% lebih apabila anda bersenam. Akan tetapi pastikan anda tidak mengambil Vitamin terlalu baik sehari seperti dalam 2000mg kerana anda akan mengalami kesan buruk seperti kembung, gas, dan cirit-birit.

Menambah kromium dalam tubuh badan anda
Apakah itu kromium-3? Ia adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan yis. Ianya dapat membantu membakar kalori seperti Kromium, yang ditemui dalam tomato dan dalam bentuk tambahan, juga meningkatkan cara anda membakar lemak. Pastikan anda mendapat kromium yang mencukupi dalam diet anda untuk membantu badan anda membakar lebih banyak kalori. 

Menikmati cahaya matahari di luar
Ianya telah terbukti bahawa cahaya terang meningkatkan metabolisme anda dan juga membantu anda meningkatkan kekuatan tulang dan otot. Oleh itu, bergeraklah anda mengambil angin di luar rumah atau pejabat anda. Waktu terbaik yang boleh dilakukan adalah ketika awal pagi, 11 pagi dan 3 petang. Ianya dapat menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

Selain daripada cara di atas, anda juga boleh mengamalkan Eskayvie Reduze kerana kandungan yang terdapat di dalamnya mampu:

1. Mengurangkan selera - Membantutkan keinginan untuk memakan benda manis.
                                     - Meningkatkan kepekaan kepada hormon kenyang (leptin)

2. Memberikan rasa kekenyangan - Mengisi dan memenuhi ruang perut.
                                                    - Melambatkan pengosongan makanan dari perut.
                                                    - Merangsang otak untuk memberi rasa kenyang.

3. Meningkatkan metabolisme - Menghindari penggunaan glikogen dari hati.
                                              - Menggalakkan pembakaran tenaga selain dari punca gula. 



Tuesday 15 July 2014

ADAKAH BERAT ANDA NORMAL?

Mengapa pentingnya Body Mass Index atau BMI ini? 

Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?

✔ Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang.
✔ Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.
✔ Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.
✔ Jika BMI anda di bawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan
✔ Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
✔ Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain


Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?

✔ Jika berat anda di bawah 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan.
✔ Kekurangan berat badan akan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh anda terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit lain. 



Bagaimana seseorang boleh menambah berat badan secara sihat?

✔ Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan iaitu 1 hingga 2 kg sebulan. Anda harus mencapai sasaran BMI antara 18.5 hingga 24.9.  
✔ Pastikan anda makan mengikut waktu yang betul. 
✔ Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang menambahkan kalori, vitamin, dan garam galian.